SALAM BAHAGIA SALAM CERIA SALAM KASIH SAYANG DAN KERINDUAN..."Allah tidak melihat rupa dan kekayaan anda Allah melihat hati dan amal anda (Hadis Nabi)" ~"Penawar yang paling mujarab ialah rajin (Iman Ghazali 1058 - 1111)" ~"Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu (Iman Syafie 767 820 m )~ "Lebih besar kesulitan yang kita alami lebih besarlah kejayaan yang akan kita capai "~ "Akar pendidikan memang pahit tetapi buahnya manis "~ "Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit "~ "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"~ "Musuh utama sesuatu ilmu dan sains itu ialah minda yang tertutup - Virtual Homeopath, HMD"~


Saturday, July 11, 2009

Seminar Profesionalisme Guru_Guru Kaunseling Daerah Kuala Muda Yan. Anjuran Pelajar Msc Kaunseling UUM dan Pejabar Pelajaran Daerah KMY.

Tarikh: 11. 07. 2009
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Kolej Komuniti Sungai Petani

Fhoto-fhoto sekitar majlis.
kami sewaktu pendaftaran..
kumpulan mentara/mentari dan kumpulan nashid msc sp...hehehe.
VIP Razak yang baru datang...telah di sambut oleh penghulu...dan Hj Fadzil..!!

Ucapan pembukaan oleh Pengerusi Majlis Kaunselor KMY.
En Hazlee bin Hassan
Majlis dipengerusikan oleh Puan Azlinda (Kaunselor SMKTI)

sebahagian daripada para peserta yang mengikuti seminar itu..

Dr Kamarulzaman bin Jalaludin
sedang memberikan ceramah mengenai Teori Kaunseling Bina Jiwa (KBJ)



Haji hassan dok bincang apa dengan pengarah tu, hai...tentang program baru pulak ka...??
ponak tak abih lagi nih....hehehe.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar..semua peserta dapat mempelari teori baru hari ini iaitu TEORI BINA JIWA berkonsepkan AL Fatihah...yang mempunyai tujuan dan matlamat yang lebih jelas dan berpijak dibumi nyata. InsyaAllah semoga kita dapat mengamalkannya dimasa hadapan.amin

Thursday, May 21, 2009

Renungan:...
Firman Allah:
"Manusia tidak jemu memohon kebaikan, dan jika mereka ditimpa malapetaka dia menjadi putus asa lagi putus harapan. (al fusilat aya49)

"Dan jika Kami merasakan kepadanya sesuatu rahmat dari Kami sesudah dia ditimpa kesusahan, pastilah dia berkata: "Ini adalah hakku, dan aku tidak yakin bahwa hari Kiamat itu akan datang. Dan jika aku dikembalikan kepada Tuhanku maka sesungguhnya aku akan memperoleh kebaikan pada sisiNya." Maka Kami benar-benar akan memberitakan kepada orang-orang kafir apa yang telah mereka kerjakan dan akan Kami rasakan kepada mereka azab yang keras. (fusilat ayat 50)

Dan apabila Kami memberikan nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri; tetapi apabila ia ditimpa malapetaka, maka ia banyak berdoa. (al fusilat ayat 51)

"Sesungguhnya kalau mereka beriman dan bertakwa, (niscaya mereka akan mendapat pahala), dan sesungguhnya pahala dari sisi Allah adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui." (al baqarah ayat 103)

" Dan jika Kami rasakan kepada manusia suatu rahmat (nikmat) dari Kami, kemudian rahmat itu Kami cabut daripadanya, pastilah dia menjadi putus asa lagi tidak berterima kasih. (hudd ayat 9)
"Dan jika Kami rasakan kepadanya kebahagiaan sesudah bencana yang menimpanya, niscaya dia akan berkata: "Telah hilang bencana-bencana itu daripadaku"; sesungguhnya dia sangat gembira lagi bangga, (hudd ayat 10)
kecuali orang-orang yang sabar (terhadap bencana), dan mengerjakan amal-amal saleh; mereka itu beroleh ampunan dan pahala yang besar. (hudd ayat 11)
.............................
nota ana:
apa yang baik, apa yang buruk, itulah qada dan qadar Allah kepada kita, terima, redha, tabah dan syukur kerana kita adalah hamba selayaknya kita menjadi hamba Allah yang patuh taat dan mengharap kepadaNya. Allah hanya ingin melihat hati dan keikhlasan manusia sesungguhnya Dia pencipta kita dia maha mengetahui segalanya dan apa yang sepatutnya kepada kita..insyaAllah tidak rugi bergantung harap kepada Allah selamanya dan kepada Allah kita semua akan dikembalikan..




contoh borang pemberitahuan termaklum..semasa praktikum..

muka surat ke 2
muka surat ke 3


Borang maklumat klien smk muka surat 1
semua yang ada di sini adalah sebagai contoh sahaja. anda boleh menokok tambah dan mengemas kini jika perlu. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang pemasalahan masa depan yang berkaitan dengannya.
.........................................................................................................................
borang maklumat klien smk muka surat 2





KOD ETIKA GBKSM / GBSM

1. GBKSM / GBSM hendaklah mematuhi undang-undang negara dan
melaksanakan tugasnya berlandaskan undang- undang tersebut.

2. GBKSM / GBSM hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang GBKSM / GBSM dan integriti profesion.

3. GBKSM / GBSM hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

4. GBKSM / GBSM hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur.

5. GBKSM / GBSM hendaklah diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim dan sokongan perunding.

TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM

1. GBKSM / GBSM bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien.

2. GBKSM / GBSM hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.

3. GBKSM / GBSM hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio ekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat.

4. GBKSM / GBSM hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri.

5. GBKSM / GBSM hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya.

6. GBKSM / GBSM hendaklah merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jika mengikut pertimbangannya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya.


TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP RAKAN PROFESIONAL

1. GBKSM / GBSM hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.

2. GBKSM / GBSM hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.

3. GBKSM / GBSM bertanggungjawab mengingatkan rakan profesional mengamalkan nilai-nilai dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sepatutnya.

4. GBKSM / GBSM hendaklah bersedia membantu rakan profesional yang teraniaya .


TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP MASYARAKAT

1. GBKSM / GBSM hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio budaya masyarakat.

2. GBKSM / GBSM hendaklah sentiasa memberi khidmat untuk memenuhi kehendak masyarakat dalam konteks pendidikan dan pembangunan murid.


TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN

1. GBKSM / GBSM hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan, keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

2. GBKSM / GBSM hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalismenya.

3. GBKSM / GBSM hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dengan ahli-ahli dalam organisasi.

SENARAI TUGAS
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEPENUH MASA (GBKSM)


1. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

2. Mengenal pasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.

3. Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

4. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6. Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara profesional dan beretika.

7. Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

8. Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti PMR, SPM, SPMV dan STPM.

9. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10. Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang, melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

11. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12. Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.



13. Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

14. Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

16. Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

18. Menjadi personel perhubungan /seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20. Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

21. Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

22. Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

23. Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.

24. Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

25. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

Visi dan Misi

VISI, MISI DAN FALSAFAH
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

VISI

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif
di sekolah menjelang tahun 2010

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
• Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
• Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
• Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
• Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
• Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
• Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.


FALSAFAH

Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

PANDUAN KAUNSELOR PELATIH

1.0 Tujuan

Panduan ini bertujuan untuk memberi maklumat yang diperlukan oleh kaunselor pelatih apabila menjalankan praktikum.

2.0 Praktikum

Praktikum merupakan satu kursus teras yang bertujuan mendedahkan kaunselor pelatih ke alam pekerjaan yang sebenar. Kaunselor pelatih diharap mendapat pengetahuan, pengalaman dan kemahiran, serta tunjuk ajar dan bimbingan penyelia akademik dan penyelia pusat/kolej. Praktikum ini berlangsung selama 30 HARI BEKERJA DENGAN 240 JAM KONTAK. Kaunselor pelatih akan ditempatkan di pusat/kolej yang bersesuaian di dalam atau di luar kampus UUM. Penilaian kursus adalah berdasarkan penilaian penyelia akademik dan penyelia pusat/kolej.

3.0 Objektif Praktikum

Setelah menjalani praktikum, kaunselor pelatih akan dapat:

1. Merancang dan melaksana aktiviti kaunseling di pusat/kolej yang dipilih.
2. Mengendali dan mendokumentasi aktiviti perkhidmatan kaunseling.
3. Meningkatkan kemahiran kaunseling.
4. Mengumpul keperluan untuk pendaftaran dan pelesenan daripada Lembaga Kaunselor Malaysia sebagai seorang kaunselor berdaftar.
5. Mengaplikasi tanggungjawab dan peranan sebagai seorang kaunselor profesional.
6. Memantapkan keyakinan dalam menjalankan sesi kaunseling di pusat/kolej.

4.0 Tempoh Praktikum

1. Tempoh praktikum akan memakan masa sela sekurang-kurangnya 30 hari
Bekerja bagi pelajar sepenuh masa dan SATU (1) SEM (1) SEMESTER bagi pelajar yang mengikuti pengajian secara aeparuh masa.

2. Keperluan keseluruhan bagi jam praktikum adalah selama 240 JAM iaitu
Sekurang-kurangnya 100 jam diperuntukkan untuk sesi kontak bersemuka dengan klien (dengan sekurang-kurangnya 10 jam kaunseling sesi kelompok) dan selebihnya untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kaunseling seperti penulisan log perkhidmatan kaunselking, log harian, membuat laporan sesi kaunseling, laporan aktiviti bimbingan, membantu pusat/kolej dalam urusan pentadbiran, menghadiri/memberi ceramah, mengendalikan bengkel berkaitan dengan kaunseling dan lain-lain yang melibatkan aktiviti kaunselor pelatih dengan pusat/kolej yang berkenaan.

3. Perincian keperluan adalah seperti berikut:

i. 100 jam sesi kontak bersemuka dengan klien yang meliputi
sekurang-kurangnya 10 jam kaunseling kelompok.

ii. Setiap sesi kaunseling yang mengambil masa sekurang-kurangnya
30 minit adalah dianggap sebagai satu sesi kaunseling.

iii. Aktiviti mentadbir ujian psikologi dikira sebagai sesi kontak
bersemuka dengan klien.

iv. Kaunselor pelatih yang tidak dapat menjalankan praktikum secara
sepenuh masa atas sebab perkhidmatan boleh memohon untuk menjalankan praktikum secara berkala melalaui Penyelaras Praktikum.


5.0 Pendaftaran Praktikum

i. Kaunselor pelatih layak mengikuti praktikum setelah lulus kursus SKC
5113 (Kaunseling Individu Lanjutan), SKC 5123 (Launseling Kelompok
Lanjutan, SKC5303 (Falsafah, Prinsip dan Etika Kaunseling) dan kursus SYP 5313 (Teori Personaliti dan Psikoterapi).

ii. Kaunselor pelatih yang ingin menangguhkan tempoh praktikum perlu
memohon secara bertulis kepada Ketua Penyelaras, Jabatan Siswazah dan
Kaunseling melalui Penyelaras Praktikum dengan SEGERA. Permohonan ini akan dipertimbangkan atas alasan yang kukuh.

6.0 Penempatan Praktikum

Kaunselor pelatih akan ditempatkan di bilik-bilik kaunseling yang disediakan di setiap kolej, pusat-pusat dan kolej-kolej kediaman di dalam kampus Universiti Utara Malaysia. Bagi pelajar luar kampus boleh menjalankan Praktikum di temapt kerja masing-masing jika relevan @ tempat lain yang relevan. Semua urusan penempatan akan diuruskan oleh Penyelaras Praktikum. Kaunselor pelatih hanya perlu mengisi borang Pendaftaran Penempatan Praltikum di pejabat Jabatan Siswazah Psikologi dan Kaunseling sebagai makluman keperluan menjalani praktikum pada semester berikutnya. Pihak Jabatan Siswazah Psikologi dan Kaunseling akan memaklumkan kepada kaunselor pelatih, tempat untuk menjalani praktikum kaunseling sebelum kaunselor pelatih menjalankan perkhidmatan.

7.0 Gred Praktikum

Gred minimum untuk kaunselor pelatih LULUS praktikum adalah sekurang-kurangnya C+.

Gred Markah
A 85 – 100
A- 80 – 84
B+ 70 – 79
B 65 – 69
B- 60 – 64
C+ 55 - 59
C 50 - 54
D+ 45 - 49
D 40 - 44
F 0 - 39


8.0 Panduan Untuk Kaunselor Pelatih Semasa Praktikum

Kaunselor pelatih perlu:

1. Bertanggungjawab kepada pusat/kolej dengan melaksanakan semua tugas
dngan dedikasi.
2. Berinisiatif dan proaktif dengan berusaha mendapatkan tugas tanpa
menunggu arahan.
3. Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh UUM dan pusat/kolej.
4. Datang tepat masa dan mendapat keizinan penyelaras pusat/kolej jika perlu keluar awal atau datang lewat.
5. Mematuhi kod etika pakaian UUM.
6. Mematuhi peraturan dan etika kaunselor terutamanya etika kerahsiaan (setiap laporan sesi kaunseling hendaklah disimpan di tempat yang selamat selepas ditanda tangani oleh penyelia akademik dan laporan sesi kaunseling hanya boleh diteliti oleh penyelia akademik sahaja).
7. Melengkapkan borang praktikum yang diperlukan untuk diserahkan kepada penyelia akademik semasa penyeliaan dijalankan.
8. Mematuhi etika dengan tidak menggunakan maklumat mengenai fakulti atau pusat selain untuk tujuan praktikum kecuali mendapat izin secara bertulis daripada pusat/kolej.
9. Menyempurnakan praktikum yang telah ditetapkan iaitu selama 30 hari bekerja dengan 240 jam kontak.
10. Menjaga maruah dan nama baik diri sendiri, jabatan, kolej dan UUM.




9.0 Cuti semasa praktikum

1. Kaunselor pelatih WAJIB hadir ke tempat kerja selama 30 hari bekerja
kecuali kerana sakit atau kecemasan dan memaklumkan kepada penyelia
kolej atau pusat dan penyelia akademik.
2. Salinan Sijil Sakit atau surat pengesahan yang telah disahkan hendaklah
diserahkan kepada penyelia akademik secepat mungkin dan menyerahkan
sijil/surat asal kepada penyelia pusat/kolej.
3. Kaunselor pelatih tidak dibenarkan mengambil cuti sakit atau kecemasan
melebihi tiga hari berturut-turut sepanjang praktikum. Sekiranya ini berlaku, kaunselor pelatih perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada penyelia akademik.
4. Kaunselor pelatih perlu menggantikan setiap hari cuti sakit atau kecemasan
yang diambil dengan menambah bilangan hari bekerja sejurus sahaja
tempoh asal praktikum tamat.
5. Kaunselor pelatih TIDAK DIBENARKAN mengambil cuti untuk mengikuti sebarang program yang tidak berkaitan dengan kolej atau pusat sepanjang
tempoh praktikum.

10.0 Dokumentasi

Kaunselor pelatih bertanggungjawab untuk mendokumentasikan perkara-perkara
berikut sepanjang praktikum:

1. Perancangan Aktivit Praktikum.
Dihantar seminggu ( 1 MINGGU ) selepas praktikum bermula kepada
Penyelia akademik dan penyelia atau pusat.

2. Log Perkhidmatan Kaunseling.

3. Log Aktiviti Harian.

4. Laporan Sesi
Setiap laporan sesi kaunseling individu dan kelompok perlu diisi dan
disemak serta ditandatangani oleh penyelia akademik setiap kali penyeliaan
dijalankan. Dokumen ini adalah SULIT.

5. Laporan Aktiviti Bimbingan
Contoh aktiviti bimbingan:
a. Program sebaran (contoh: menyebar dan mengedarkan maklumat
berbentuk brosur, poster, notis, email dan surat).
b. Proposal program (contoh: menyedia dan membentang kertas kerja,
membuat penilaian, mengenal pasti keperluan, kandungan latihan).
c. Pelaksanaan (contoh: latihan, ceramah, bengkel).
d. Penilaian (contoh: maklumbalas di akhir program oleh peserta).

6. Pita Rakaman
Sekurang-kurangnya SATU rakaman sesi kaunseling individu dan SATU
rakaman sesi kaunseling kelompok audio atau video yang jelas dan berkualiti.
Kaunseleor pelatih digalakkan untuk merakamkan sebanyak mungkin sesi kaunseling dengan keizinan klien.

7. Laporan Praktikum
Laporan Praktikum keseluruhan perlu dihantar kepada penyelia akademik
selewat-lewatnya SEMINGGU (1 minggu) selepas praktikum tamat.
Kaunselor pelatih dinasihatkan menyimpan satu salinan rujukan sendiri.
Laporan praktikum yang telah disemak oleh penyelia akademik perlu
dihantar satu salinan kepada penyelia atau pusat.

8. Kajian Kes


11.0 Penilaian

Kaunselor pelatih akan dinilai berdasarkan:

1. Penilaian Penyelia Kolej atau Pusat ( 10 % )

Penilaian ini berdasarkan pengetahuan, sikap, sahsiah dan kesungguhan
yang ditunjukkan kaunselor pelatih sepanjang praktikum. Borang tersebut
hendaklah diserahkan kepada penyelia akademik SEMINGGU (1 minggu)
selepas praktikum tamat.

2. Penilaian Penyelia Akademik ( 90% )

Pengagihan markah penilaian oleh penyelia akademik adalah seperti berikut:

1. Perancangan Aktiviti Praktikum : 5%
2. Log Perkhidmatan Kaunseling : 10%
3. Log Aktiviti Harian : 5%
4. Lapoaran Sesi : 30%
5. Laporan Aktiviti Bimbingan : 10%
6. Pita Rakaman : 10%
7. Laporan Praktikum : 10%
8. Kajian Kes : 10%
Jumlah : 90%

Sunday, May 10, 2009

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian,
Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan,
Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.
Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu '
KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
di atas kegagalan anda semalam
binalah bangunan hidupmu buat hari esok
letakkan batu-bata tujuan yang teguh, dan
sediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,
ukirkan menara-menara yang hebat, bagi
membenam lembah-lembah air mata kehampaan.
Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.
Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.
Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,
Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.

http://tatabahasabm.tripod.com/motivasi.htm

Friday, May 8, 2009

Salam kasih syang.
hari ini aku buat email ini..
mscsp_08@yahoo.com
passwordnya : ******ku

link blog kita: mscsp08.blogspot.com

agar menjadi kenangan dan kerjasama kita bersama.
semoga Allah memberi keberkatan dan kerahmatan kepada kita keluarga msc sp.

Semoga hubungan antara kita..akrab seumpama bangunan dan binaannya..
ibarat satu badan cubit paha kiri paha kanan jua merasa sakit..
ibarat aur dengan tebing saling perlu memerlu antara satu sama lain..
ibarat berat sama dipikul dan ringan sama di jinjing...
sama bantu papah memapah...tegur menegur,
sama berdoa untuk kita sama-sama ke syurga Allah
bahagia di dunia dan selamat di akhirat.

Kepada semua sahabat-sahabat,
hari ini telah aku belajar makna kasih sayang,
aku telah merasai kasih sayang,
dan memerlukan kasih sayang untuk kesejahteraan,
atas kasih sayang jua aku mengharapkan ia akan kekal selamanya,
oleh itu..marilah kita sama2 menanam dan menyuburkan bakti yang sedikit ini
agar ianya terus mekar dan berseri sepanjang hidup ini.

laman ini akan kita gunakan sebagai wadah perkongsian ilmu,
untuk hari ini dan hari esuk dan selamanya.
semua kita boleh melakarkan karya-karyanya di sini, insyaAllah.
agar ia menjadi medan informasi yang berguna kepada seluruh generasi.

Ku pinjam kata-kata shbt:
"SELAGI TIADA PRASANGKA SELAGI ITULAH KASIH SAYANG DAN HUBUNGAN KITA INDAH DAN MEKAR SELAMANYA" sukiman

"prasangka itu permainan syaitan, oleh itu jauhilah prasangka kerana prasangka akan memakan amal sebagaimana api di dalam sekam."

wassalam. selamat berkarya.

salam
sekadar menanam sedikit bakti.
ana muslim

;;
Pesanan Tulus Kasih:Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan. jangan dipertikai suatu nilai persahabatan kerana satu kesilapan. Persahabatan yang sejati membawa kepada kerinduan yang berpanjangan. Hargai setiap pertemuan kerana di situ ada kerinduan dan usah kesali setiap perpisahan kerana di situ pasti ada kebaikan..."