Friday, May 8, 2009
Salam kasih syang.
hari ini aku buat email ini..
mscsp_08@yahoo.com
passwordnya : ******ku
link blog kita: mscsp08.blogspot.com
agar menjadi kenangan dan kerjasama kita bersama.
semoga Allah memberi keberkatan dan kerahmatan kepada kita keluarga msc sp.
Semoga hubungan antara kita..akrab seumpama bangunan dan binaannya..
ibarat satu badan cubit paha kiri paha kanan jua merasa sakit..
ibarat aur dengan tebing saling perlu memerlu antara satu sama lain..
ibarat berat sama dipikul dan ringan sama di jinjing...
sama bantu papah memapah...tegur menegur,
sama berdoa untuk kita sama-sama ke syurga Allah
bahagia di dunia dan selamat di akhirat.
Kepada semua sahabat-sahabat,
hari ini telah aku belajar makna kasih sayang,
aku telah merasai kasih sayang,
dan memerlukan kasih sayang untuk kesejahteraan,
atas kasih sayang jua aku mengharapkan ia akan kekal selamanya,
oleh itu..marilah kita sama2 menanam dan menyuburkan bakti yang sedikit ini
agar ianya terus mekar dan berseri sepanjang hidup ini.
laman ini akan kita gunakan sebagai wadah perkongsian ilmu,
untuk hari ini dan hari esuk dan selamanya.
semua kita boleh melakarkan karya-karyanya di sini, insyaAllah.
agar ia menjadi medan informasi yang berguna kepada seluruh generasi.
Ku pinjam kata-kata shbt:
"SELAGI TIADA PRASANGKA SELAGI ITULAH KASIH SAYANG DAN HUBUNGAN KITA INDAH DAN MEKAR SELAMANYA" sukiman
"prasangka itu permainan syaitan, oleh itu jauhilah prasangka kerana prasangka akan memakan amal sebagaimana api di dalam sekam."
wassalam. selamat berkarya.
salam
sekadar menanam sedikit bakti.
ana muslim
Labels: BICARA KITA
0 comments:
Post a Comment