SALAM BAHAGIA SALAM CERIA SALAM KASIH SAYANG DAN KERINDUAN..."Allah tidak melihat rupa dan kekayaan anda Allah melihat hati dan amal anda (Hadis Nabi)" ~"Penawar yang paling mujarab ialah rajin (Iman Ghazali 1058 - 1111)" ~"Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu (Iman Syafie 767 820 m )~ "Lebih besar kesulitan yang kita alami lebih besarlah kejayaan yang akan kita capai "~ "Akar pendidikan memang pahit tetapi buahnya manis "~ "Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit "~ "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"~ "Musuh utama sesuatu ilmu dan sains itu ialah minda yang tertutup - Virtual Homeopath, HMD"~


Thursday, May 21, 2009

PANDUAN KAUNSELOR PELATIH

1.0 Tujuan

Panduan ini bertujuan untuk memberi maklumat yang diperlukan oleh kaunselor pelatih apabila menjalankan praktikum.

2.0 Praktikum

Praktikum merupakan satu kursus teras yang bertujuan mendedahkan kaunselor pelatih ke alam pekerjaan yang sebenar. Kaunselor pelatih diharap mendapat pengetahuan, pengalaman dan kemahiran, serta tunjuk ajar dan bimbingan penyelia akademik dan penyelia pusat/kolej. Praktikum ini berlangsung selama 30 HARI BEKERJA DENGAN 240 JAM KONTAK. Kaunselor pelatih akan ditempatkan di pusat/kolej yang bersesuaian di dalam atau di luar kampus UUM. Penilaian kursus adalah berdasarkan penilaian penyelia akademik dan penyelia pusat/kolej.

3.0 Objektif Praktikum

Setelah menjalani praktikum, kaunselor pelatih akan dapat:

1. Merancang dan melaksana aktiviti kaunseling di pusat/kolej yang dipilih.
2. Mengendali dan mendokumentasi aktiviti perkhidmatan kaunseling.
3. Meningkatkan kemahiran kaunseling.
4. Mengumpul keperluan untuk pendaftaran dan pelesenan daripada Lembaga Kaunselor Malaysia sebagai seorang kaunselor berdaftar.
5. Mengaplikasi tanggungjawab dan peranan sebagai seorang kaunselor profesional.
6. Memantapkan keyakinan dalam menjalankan sesi kaunseling di pusat/kolej.

4.0 Tempoh Praktikum

1. Tempoh praktikum akan memakan masa sela sekurang-kurangnya 30 hari
Bekerja bagi pelajar sepenuh masa dan SATU (1) SEM (1) SEMESTER bagi pelajar yang mengikuti pengajian secara aeparuh masa.

2. Keperluan keseluruhan bagi jam praktikum adalah selama 240 JAM iaitu
Sekurang-kurangnya 100 jam diperuntukkan untuk sesi kontak bersemuka dengan klien (dengan sekurang-kurangnya 10 jam kaunseling sesi kelompok) dan selebihnya untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kaunseling seperti penulisan log perkhidmatan kaunselking, log harian, membuat laporan sesi kaunseling, laporan aktiviti bimbingan, membantu pusat/kolej dalam urusan pentadbiran, menghadiri/memberi ceramah, mengendalikan bengkel berkaitan dengan kaunseling dan lain-lain yang melibatkan aktiviti kaunselor pelatih dengan pusat/kolej yang berkenaan.

3. Perincian keperluan adalah seperti berikut:

i. 100 jam sesi kontak bersemuka dengan klien yang meliputi
sekurang-kurangnya 10 jam kaunseling kelompok.

ii. Setiap sesi kaunseling yang mengambil masa sekurang-kurangnya
30 minit adalah dianggap sebagai satu sesi kaunseling.

iii. Aktiviti mentadbir ujian psikologi dikira sebagai sesi kontak
bersemuka dengan klien.

iv. Kaunselor pelatih yang tidak dapat menjalankan praktikum secara
sepenuh masa atas sebab perkhidmatan boleh memohon untuk menjalankan praktikum secara berkala melalaui Penyelaras Praktikum.


5.0 Pendaftaran Praktikum

i. Kaunselor pelatih layak mengikuti praktikum setelah lulus kursus SKC
5113 (Kaunseling Individu Lanjutan), SKC 5123 (Launseling Kelompok
Lanjutan, SKC5303 (Falsafah, Prinsip dan Etika Kaunseling) dan kursus SYP 5313 (Teori Personaliti dan Psikoterapi).

ii. Kaunselor pelatih yang ingin menangguhkan tempoh praktikum perlu
memohon secara bertulis kepada Ketua Penyelaras, Jabatan Siswazah dan
Kaunseling melalui Penyelaras Praktikum dengan SEGERA. Permohonan ini akan dipertimbangkan atas alasan yang kukuh.

6.0 Penempatan Praktikum

Kaunselor pelatih akan ditempatkan di bilik-bilik kaunseling yang disediakan di setiap kolej, pusat-pusat dan kolej-kolej kediaman di dalam kampus Universiti Utara Malaysia. Bagi pelajar luar kampus boleh menjalankan Praktikum di temapt kerja masing-masing jika relevan @ tempat lain yang relevan. Semua urusan penempatan akan diuruskan oleh Penyelaras Praktikum. Kaunselor pelatih hanya perlu mengisi borang Pendaftaran Penempatan Praltikum di pejabat Jabatan Siswazah Psikologi dan Kaunseling sebagai makluman keperluan menjalani praktikum pada semester berikutnya. Pihak Jabatan Siswazah Psikologi dan Kaunseling akan memaklumkan kepada kaunselor pelatih, tempat untuk menjalani praktikum kaunseling sebelum kaunselor pelatih menjalankan perkhidmatan.

7.0 Gred Praktikum

Gred minimum untuk kaunselor pelatih LULUS praktikum adalah sekurang-kurangnya C+.

Gred Markah
A 85 – 100
A- 80 – 84
B+ 70 – 79
B 65 – 69
B- 60 – 64
C+ 55 - 59
C 50 - 54
D+ 45 - 49
D 40 - 44
F 0 - 39


8.0 Panduan Untuk Kaunselor Pelatih Semasa Praktikum

Kaunselor pelatih perlu:

1. Bertanggungjawab kepada pusat/kolej dengan melaksanakan semua tugas
dngan dedikasi.
2. Berinisiatif dan proaktif dengan berusaha mendapatkan tugas tanpa
menunggu arahan.
3. Mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh UUM dan pusat/kolej.
4. Datang tepat masa dan mendapat keizinan penyelaras pusat/kolej jika perlu keluar awal atau datang lewat.
5. Mematuhi kod etika pakaian UUM.
6. Mematuhi peraturan dan etika kaunselor terutamanya etika kerahsiaan (setiap laporan sesi kaunseling hendaklah disimpan di tempat yang selamat selepas ditanda tangani oleh penyelia akademik dan laporan sesi kaunseling hanya boleh diteliti oleh penyelia akademik sahaja).
7. Melengkapkan borang praktikum yang diperlukan untuk diserahkan kepada penyelia akademik semasa penyeliaan dijalankan.
8. Mematuhi etika dengan tidak menggunakan maklumat mengenai fakulti atau pusat selain untuk tujuan praktikum kecuali mendapat izin secara bertulis daripada pusat/kolej.
9. Menyempurnakan praktikum yang telah ditetapkan iaitu selama 30 hari bekerja dengan 240 jam kontak.
10. Menjaga maruah dan nama baik diri sendiri, jabatan, kolej dan UUM.




9.0 Cuti semasa praktikum

1. Kaunselor pelatih WAJIB hadir ke tempat kerja selama 30 hari bekerja
kecuali kerana sakit atau kecemasan dan memaklumkan kepada penyelia
kolej atau pusat dan penyelia akademik.
2. Salinan Sijil Sakit atau surat pengesahan yang telah disahkan hendaklah
diserahkan kepada penyelia akademik secepat mungkin dan menyerahkan
sijil/surat asal kepada penyelia pusat/kolej.
3. Kaunselor pelatih tidak dibenarkan mengambil cuti sakit atau kecemasan
melebihi tiga hari berturut-turut sepanjang praktikum. Sekiranya ini berlaku, kaunselor pelatih perlu mengemukakan surat tunjuk sebab kepada penyelia akademik.
4. Kaunselor pelatih perlu menggantikan setiap hari cuti sakit atau kecemasan
yang diambil dengan menambah bilangan hari bekerja sejurus sahaja
tempoh asal praktikum tamat.
5. Kaunselor pelatih TIDAK DIBENARKAN mengambil cuti untuk mengikuti sebarang program yang tidak berkaitan dengan kolej atau pusat sepanjang
tempoh praktikum.

10.0 Dokumentasi

Kaunselor pelatih bertanggungjawab untuk mendokumentasikan perkara-perkara
berikut sepanjang praktikum:

1. Perancangan Aktivit Praktikum.
Dihantar seminggu ( 1 MINGGU ) selepas praktikum bermula kepada
Penyelia akademik dan penyelia atau pusat.

2. Log Perkhidmatan Kaunseling.

3. Log Aktiviti Harian.

4. Laporan Sesi
Setiap laporan sesi kaunseling individu dan kelompok perlu diisi dan
disemak serta ditandatangani oleh penyelia akademik setiap kali penyeliaan
dijalankan. Dokumen ini adalah SULIT.

5. Laporan Aktiviti Bimbingan
Contoh aktiviti bimbingan:
a. Program sebaran (contoh: menyebar dan mengedarkan maklumat
berbentuk brosur, poster, notis, email dan surat).
b. Proposal program (contoh: menyedia dan membentang kertas kerja,
membuat penilaian, mengenal pasti keperluan, kandungan latihan).
c. Pelaksanaan (contoh: latihan, ceramah, bengkel).
d. Penilaian (contoh: maklumbalas di akhir program oleh peserta).

6. Pita Rakaman
Sekurang-kurangnya SATU rakaman sesi kaunseling individu dan SATU
rakaman sesi kaunseling kelompok audio atau video yang jelas dan berkualiti.
Kaunseleor pelatih digalakkan untuk merakamkan sebanyak mungkin sesi kaunseling dengan keizinan klien.

7. Laporan Praktikum
Laporan Praktikum keseluruhan perlu dihantar kepada penyelia akademik
selewat-lewatnya SEMINGGU (1 minggu) selepas praktikum tamat.
Kaunselor pelatih dinasihatkan menyimpan satu salinan rujukan sendiri.
Laporan praktikum yang telah disemak oleh penyelia akademik perlu
dihantar satu salinan kepada penyelia atau pusat.

8. Kajian Kes


11.0 Penilaian

Kaunselor pelatih akan dinilai berdasarkan:

1. Penilaian Penyelia Kolej atau Pusat ( 10 % )

Penilaian ini berdasarkan pengetahuan, sikap, sahsiah dan kesungguhan
yang ditunjukkan kaunselor pelatih sepanjang praktikum. Borang tersebut
hendaklah diserahkan kepada penyelia akademik SEMINGGU (1 minggu)
selepas praktikum tamat.

2. Penilaian Penyelia Akademik ( 90% )

Pengagihan markah penilaian oleh penyelia akademik adalah seperti berikut:

1. Perancangan Aktiviti Praktikum : 5%
2. Log Perkhidmatan Kaunseling : 10%
3. Log Aktiviti Harian : 5%
4. Lapoaran Sesi : 30%
5. Laporan Aktiviti Bimbingan : 10%
6. Pita Rakaman : 10%
7. Laporan Praktikum : 10%
8. Kajian Kes : 10%
Jumlah : 90%

0 comments:

Post a Comment

Pesanan Tulus Kasih:Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan. jangan dipertikai suatu nilai persahabatan kerana satu kesilapan. Persahabatan yang sejati membawa kepada kerinduan yang berpanjangan. Hargai setiap pertemuan kerana di situ ada kerinduan dan usah kesali setiap perpisahan kerana di situ pasti ada kebaikan..."