SALAM BAHAGIA SALAM CERIA SALAM KASIH SAYANG DAN KERINDUAN..."Allah tidak melihat rupa dan kekayaan anda Allah melihat hati dan amal anda (Hadis Nabi)" ~"Penawar yang paling mujarab ialah rajin (Iman Ghazali 1058 - 1111)" ~"Tiap-tiap bertambah ilmuku akan bertambah pula keinsafan bahawa terlalu banyak yang aku tidak tahu (Iman Syafie 767 820 m )~ "Lebih besar kesulitan yang kita alami lebih besarlah kejayaan yang akan kita capai "~ "Akar pendidikan memang pahit tetapi buahnya manis "~ "Gantunglah cita-citamu setinggi bintang di langit "~ "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"~ "Musuh utama sesuatu ilmu dan sains itu ialah minda yang tertutup - Virtual Homeopath, HMD"~


Thursday, May 21, 2009

KOD ETIKA GBKSM / GBSM

1. GBKSM / GBSM hendaklah mematuhi undang-undang negara dan
melaksanakan tugasnya berlandaskan undang- undang tersebut.

2. GBKSM / GBSM hendaklah menjaga tatalakunya demi memelihara piawaian dan identiti sebagai seorang GBKSM / GBSM dan integriti profesion.

3. GBKSM / GBSM hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan dan kemahiran dalam bidang profesionnya.

4. GBKSM / GBSM hendaklah menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab, objektif dan jujur.

5. GBKSM / GBSM hendaklah diselia dan dinilai tugasnya oleh penyelia profesional melalui penyeliaan lazim dan sokongan perunding.

TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM

1. GBKSM / GBSM bertanggungjawab untuk mengutamakan kepentingan klien.

2. GBKSM / GBSM hendaklah menghormati hak klien dan merahsiakan segala maklumat yang diperolehi semasa menjalankan perkhidmatan melainkan maklumat yang akan membahayakan klien atau orang-orang di persekitarannya.

3. GBKSM / GBSM hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosio ekonomi klien serta menerima mereka tanpa syarat.

4. GBKSM / GBSM hendaklah memelihara kesejahteraan fizikal dan psikologi klien serta tidak memperalatkan klien untuk kepentingan diri.

5. GBKSM / GBSM hendaklah membimbing klien ke arah pembentukan sikap bertanggungjawab terhadap tingkahlakunya.

6. GBKSM / GBSM hendaklah merujuk klien kepada pihak yang berkaitan jika mengikut pertimbangannya klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya.


TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP RAKAN PROFESIONAL

1. GBKSM / GBSM hendaklah saling berusaha meningkatkan tahap kecekapan profesionalismenya.

2. GBKSM / GBSM hendaklah menunjukkan sikap menghormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesionalnya.

3. GBKSM / GBSM bertanggungjawab mengingatkan rakan profesional mengamalkan nilai-nilai dalam perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang sepatutnya.

4. GBKSM / GBSM hendaklah bersedia membantu rakan profesional yang teraniaya .


TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP MASYARAKAT

1. GBKSM / GBSM hendaklah memahami dan menghormati unsur sosio budaya masyarakat.

2. GBKSM / GBSM hendaklah sentiasa memberi khidmat untuk memenuhi kehendak masyarakat dalam konteks pendidikan dan pembangunan murid.


TANGGUNGJAWAB GBKSM / GBSM TERHADAP ORGANISASI DAN MAJIKAN

1. GBKSM / GBSM hendaklah berusaha untuk mengikuti polisi dan prosedur serta meningkatkan kecekapan, keberkesanan perkhidmatan organisasinya.

2. GBKSM / GBSM hendaklah menjelaskan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalismenya.

3. GBKSM / GBSM hendaklah mewujudkan hubungan interpersonal dengan ahli-ahli dalam organisasi.

0 comments:

Post a Comment

Pesanan Tulus Kasih:Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan. jangan dipertikai suatu nilai persahabatan kerana satu kesilapan. Persahabatan yang sejati membawa kepada kerinduan yang berpanjangan. Hargai setiap pertemuan kerana di situ ada kerinduan dan usah kesali setiap perpisahan kerana di situ pasti ada kebaikan..."